Friday, March 19, 2010

Mari Mari!


 

Salam. Jumpa lagi, err mcm biasa la lepas update blog, mesti akan update lagi walaupun masih dlm bulan yg sama.

Apa ye nak cite ni… kambing beranak lagi?

Kali ni byk lak anak yg kembar tak serupa, seekor boer dan seekor lagi red boer.


Yg keluar mcm 1 Malaysia pun ada, seekor boer, seekor red boer dan seekor lagi black boer ha ha ha.

Ni mesti dlm gene bapak dia ada trait black boer ni.

Pendek cerita dah byk dpt anak ni, nak le kena jual kambing2 tu… kalau tak mana nak letak anak2 yg nak lahir tu nanti, dan err boleh le gak dpt duit nak pusing thn ni ha ha ha.


 

Kat bawah ni ada sebut harga utk kambing tu, murah je, rasanya kompetetif mcm yg dijanjikan. Cross Jamna pun ada gak, nak let go murah2 je... kalau nak murah lagi, call je, boleh bincang2.

No

Jenis

Jantina

Umur

Berat Purata(kg)

Harga (RM)

Kuantiti

1

Boer FB

Jantan

> 1 thn

45

900

1

2

Boer F4

Jantan

> 1 thn

45

800

3

3

Boer FB

Jantan

> 6 bln

30

800

3

4

Boer F4

Jantan

> 6 bln

30

700

2

5

Kalahari

Jantan

> 6 bln

30

800

1

6

Boer FB

Betina

> 6 bln

25

900

3

7

Boer Purebred

Betina

> 6 bln

25

750

3

8

Kalahari

Betina

> 6 bln

25

750

1

9

Boer FB

Betina

> 3 bln

16

750

3

10

Kalahari

Betina

> 3 bln

16

750

4


 


 



 

Sunday, March 14, 2010

March 2010.

Salam kpd semua pengunjung blog ini.

Seperti biasa, memang lama dah tak update blog ni, ada le dekat 4 bln.

Masih ada lagi, ha ha ha, tapi apa ya plan utk thn 2010 ni? Nanti le ku beritahu.

So apa je yg jadi dlm 4 bln tu?


Err… yg ni masa Qurban ari tu.


Benda2 basic pun dah hampir semua di selesaikan.

Pagar depan & belakang dah settle.



He he, memang basic pun. Murah. Gerenti tak jumpa kat tempat lain ni.

Bahagian tepi mana yg tak berpagar lagi dah letak kawat.


Bangsal baja yg tergendala tu pun dah di settlekan.

Yg tak berapa settle, rumput. Tak abis tanam lagi ke semua kawasan yg kosong. Benih lak, ada le amik napier merah kat Boer Nasional, dan juga napier India yg diberi oleh penternak Merah Hijau. Dan seperti biasa, benih tu naik, tapi dah jadi mangsa kambing yg terlepas, so nak kena revisit hal rumput ni.


Kambing pula dah beranak 2 kali, 1st batch masa X’mas hingga New Year, dan batch ke 2 ni mula dari minggu lepas. Ada sekor beranak kembar 4, dan kembar 3, yg lain tu seperti biasa le.



Masa balik cuti hujung thn tu tengah musim beranak, dpt le amik gambar detik2 melahirkan anak ni utk tatapan yg tak pernah tengok lagi.










Yg ni gambar kambing yg cerai susu, ada boer fullblood, purebred, cross, Kalahari, Kalahari cross dan jamna cross. Sume tu utk dijual, kalu berminat, jgn segan utk hubungi kami.















Dan bln Januari ari tu, ladang kami dilawati oleh timbalan menteri perusahaan ladang dan komoditi dan juga RTM.

Upacara menandatangani buku pelawat yg diperhatikan oleh Ketua Kampung.

Pekerja no 1 ku yg begitu gembira dpt berjumpa timbalan menteri. Kalu kat bangla katanya paling dekat, radius 15 orang pengawal. Di belakang tu, jurugambar RTM.



Sampai sini le update kali ni. Rancangan thn ni? Err… Boer Nasional dah nak mula, tapi detailsnya masih tak clear lagi. Keje kat ofis skrng pun tak kurang2, masa abis kat situ je… tu yg ingat nak let go je projek ni, so kalu ada yg berminat nak take over tu boleh le contact ye, bincang2 dulu.

Saturday, November 21, 2009

sambungan dr episode lepas ... (3)


part 3, and final.


Di dlm tempoh aktiviti2 naik taraf yg kami lakukan, byk juga anak2 kambing yg dilahirkan...



Kami juga sempat membuat aktiviti menggolek kambing hasil ladang kami sendiri...





dan utk Qurban thn ni, ini lah close up gambar kambing produk dr ladang kami juga.



Pas ni apa lagi nak buat ya... eh, byk lagi laa benda basic yg tak settle lagi... nak tau? mcm biasa la... tunggu di episode akan dtg!



sambungan dr episode lepas ... (2)

part 2.

ni pula banner yg kami letakkan ditempat yg kami fikirkan strategik...




yg ni pula projek menaik taraf kandang transit & tempat lepas kambing main...






sambungan dr episode lepas ... (1)


bertemu lagi.

lepas hampir sebulan diperam, maka inilah hasil silaj napier,


bau silaj tu harum & kambing2 tu ada yg mkn & ada juga yg tak, sebab tak biasa lagi dgn menu terbaru ni.

Jabatan Haiwan pun ada sponsor signboard,


dan kami letakkan di jln masuk ke kandang kami. Pas ni plan kami nak letak banner lak ket beberapa tempat strategik...