Sunday, January 4, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah!

dan juga 2009 Masehi.

Salam Maal Hijrah, semoga tahun baru ini membawa kita berhijrah ke arah yg lebih baik dari tahun terdahulu.

Tahun Baru ini juga menyaksikan bertambahnya ahli keluarga ku, dengan lahirnya anakku yg ke 4 pada pagi Rabu, 26 Zulhijjah 1429 bersamaan 24 Disember yg lalu.




Alhamdulillah, ibadah Aqiqah telah disempurnakan di Taiping pada hari ke 7, dan nama Nadrah juga diberikan pada hari tersebut.

Jamna cross tersebut.

Hijrah.

Tahun Baru ini juga mungkin menyaksikan operasi perternakan Kambing akan dipindahkan ke tempat baru, ke bawah bukit, iaitu dalam 1 km dari tempat lama.


Jalan masuk ke ladang baru.



Penanaman rumput Napier di antara pokok sawit.


Rumah pekerja, dan dari sini dapat dilihat bukit dimana kandang terdahulu terletak.


Pagar terpakai, diletak dibawah pokok asam gelugor (keping).

Dan ini anak kambing FB yg dilahirkan pada minggu ke 3 Disember lepas dari kumpulan dara yg dibeli dari Kuala Kangsar.





















Anak FB yg berumur seminggu lebih, dan anak boer cross yg berumur hampir 3 bulan.

Yg ni lak, anak boer cross yg berumur hampir 2 bulan.















Dan gambar2 kandang yg dah sesak dibawah ni.




Anak Jamna cross dengan Boer cross yg sudah cerai susu.





Rumah di Pondok Tangjung, yg telah ditempah, untuk digunakan dalam pembinaan kandang baru apabila pemiliknya berpindah kerana pengambilan tanah oleh kerajaan, insyaallah.



Err…Jadi ke plan abiku ni? Semoga dipermudahkanlah segala urusan yg telah dirancangkan untuk tahun baru ini oleh Allah S.W.T, amin.