Thursday, May 7, 2009

Update

May 2009.

Lama juga tak update blog ni, lebih dari 2 bln dah.

Tiada kerja2 besar yg dilakukan dlm tempoh 2 bln ni, walaupun ada perancangan utk menaikkan kandang sepanjang 20 kaki lagi.

Pagar pun tak habis siap lagi. Bangsal tempat menyimpan baja ada le, manakala tempat memproses baja pun masih lagi dlm pembinaan.

Dan ada lagi beberapa perancangan kecil yg masih tidak dpt dilaksanakan lagi
Sekarang ni tengah fine tune core operation, dan setakat ni dah membuahkan hasilnya… tapi masih jauh perjalanannya, ada lagi minor hiccup sebelum phase production dapat dimulakan.

Gambar2 dibawah ni diambil masa cuti hari buruh yg lalu… err buruh cuti, so tuan le kena kerja ha ha ha…



Pemandangan dari bawah pokok… place to reflect on the project.


Bangsal baja.

Ahli terbaharu, lahir bln April yg lalu.





Yg ni pula group cerai susu…




Group pejantan muda, kurang dari setahun… ha, yg ni dibuka utk jualan, kalau berkenan le.




Asyik bergaduh je... memang nak kena jual nih.


Group Betina.


Senang hati le sungguh.






Sesak wei!


Induk2.





Group pioneer, otai Jamna Cross. Nak phase out ni...





Kumpulan Kalahari.





Group Pejantan, yg ni pun utk dijual juga.







Dara - dara pingitan? Err... ada yg dah bertuan.








Boer Nasional.

Sempat jua pi tengok2 tapak projek Boer Nasional, utk melihat apa perkembangan terbaharu.

Nampaknya kandang2 telah dinaikkan, dan papan tanda pun telah ditukar.

Rumput Guinea subur menghijau...

Dah nak mula kut projek ni... kita tunggu & lihat, semoga ia menjadi pemangkin industri penternakan kambing Malaysia.