






Pas ni apa lagi nak buat ya... eh, byk lagi laa benda basic yg tak settle lagi... nak tau? mcm biasa la... tunggu di episode akan dtg!
Satu lagi projek ... dari rakyat jelata Malaysia
Bln Jun telah berlalu, dgn berakhirnya Pesta Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Perak 2009.
Byk gak la yg masuk bertanding utk bahagian kambing pejantan unggul… dan sememangnya pejantan kami yg masuk bertanding tu tak le unggul ha ha ha.
Seperti yg telah dimaklumkan, bln July ni menyaksikan kedatangan pekerja yg baru.
Dan dgn kedatangan pekerja baru ni, menu pun baru le…
Guinea.
So sementara nak tunggu napier tu membesar dan mencukupi, kami beralih kpd rumput guinea, berdasarkan kpd kemahiran pekerja baru kami. Dia ni memang dah biasa menyabit, so drpd mencari sawit, baik la pi ambil je guinea di Boer Nasional tu. Tong pun dah beli, tinggal tak berisi je. Yg tukang buat silaj tu nak mesin le pulak… so lepas ni nak kena pi beli mesin le. Hopefully, sebelum Ramadhan ni, perancangan yg telah dirancang dapat direalisasikan, insyaallah.
Update utk bln Jun pula…
Inilah pemandangan terbaru tempat projek ku ini.
Err… pagar dah siap dah.
Napier pun dah tanam balik, dan kali ni, berpagar le.
Tong utk buat silaj pun dah beli.
Kambing pula ada juga yg lahir.
Kalahari South Afrika beranak kembar, tapi bapanya Boer South Afrika, tu yg keluar mcm anak Boer tu.
Kalahari yg dari group dara tu pun beranak juga, tapi bapanya tak diketahui (ni kes wa kena beb!)... rasanya mcm Anglo je… ha ha ha
Boer F3 pun ada melahirkan anak kembar dua.
Bln Jun ni juga adalah bln terakhir pekerja Indonesia ku… dia nak balik dah, walaupun tak cukup setahun lagi… duit dah byk kut.
Puas ku cari pekerja tempatan sebagai pengganti, dan seperti kebiasaannya, tiada yg mahu.
Akhirnya, bln depan akan menyaksikan kedatangan pekerja Bangladesh pula utk meneruskan perjuangan ini, semoga dgn kehadirannya dpt lah ku tingkatkan lagi projek ku ini ke next level.
Dan sekiranya ada kelapangan, datanglah ke Hari Peladang Perak di Sg Siput pada Khamis, 25hb hingga Ahad, 28hb Jun ni … boleh le jugak tengok kambing ku disana nanti.
Pemandangan dari bawah pokok… place to reflect on the project.
Bangsal baja.
Ahli terbaharu, lahir bln April yg lalu.